Khamis, 14 Jun 2012

Dia Datang Aku Gembira Trip Ke Sarawak

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerinduan terhadap seorang sahabat baik terubat juga. Dia bersama family dia datang Sarawak untuk bercuti. Kebetulan juga aku masih di Bumi Kenyalang ini sedang bercuti menanti hari konvokesyen di kolej aku. Di kesempatan ini aku berpeluang untuk meluangkan masa bersama dia dan ahli keluarganya. Macam-macam tempat la aku bawa diorang di area Kuching nie. Dan feedback dari dia dan ahli keluarga memang enjoy datang sini walaupun banyak kekurangan yang ada. Takpa ada hari boleh datang lagi. And aku sedia untuk membantu. Bila dia datang, seriously aku rasa betul-betul seronok. Mana taknya, kawan baik since form 1 lagi. After 3 years akhirnya kitorang berjumpa jugak di Bumi Kenyalang nie. Dia ingat aku tak boleh bawa dialek Kedah lagi. Hehe lucu betul. Aku still anak Kedah walaupun aku tinggal kat mana sekalipun. Terima kasih kerana sudi datang ek "Queens" <---- (Nickname time di sekolah dulu) Hehe (^_^)

Sabtu, 19 Mei 2012

Kunci Kepada Kesihatan Sepanjang Hayat





Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi  melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. 

Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi. 

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

"...Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang..."

Rabu, 2 Mei 2012

Penawar Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata:

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Why Read The Quran When We Do Not Understand Arabic ?




An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. 


One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.


The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. 


The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” 


The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

Mengapa Aku Terasa Putus Asa Dengan Hidup ?

:: Aku Sudah Bosan Dengan Hidup Yang Penuh Dosa Nie :: Kenapa Belum Ada Tanda Bahawa Masa Depan Aku Masih Cerah :: Adakah Ini Pembalasan Terhadap Diriku :: Sekiranya Ianya Benar :: Alhamdulillah :: Biar Aku Terimanya Di Dunia Dengan Segera :: Agar Aku Bahagia Di Akhirat :: Alangkah Indahnya Sekiranya Dunia Akhirat Ku Bahagia :: Siapa Boleh Jawab :: Aku Hamba Yang Berdosa :: Adakah Allah Masih Menerimaku Di Syurga :: Adakah Rasulullah Masih Menganggapku Umatnya ::

Ayat di atas nie antara wallpost aku di facebook. Entah mengapa aku merasa sedemikian rupa. Sejujurnya hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat. Ya Allah lindungilah aku. Sesungguhnya aku tak mampu untuk harungi semua ini tanpa sokongan dan semangat dari-Mu. I need support from anyone that can make me change back to a normal life.Syukur alhamdulillah ada yang sudi. My senior advice me on her comment in my wallpost. Tenang dan seribu kemaafan sebab dalam keadaan stress I make her feel so tired with my behave. Satu dibalas, sepuluh aku tanya, sepuluh dibalas, seratus aku tanya. Really sorry about that Kak Nurhidayati Hamzah.

Antara kata-kata beliau :

  • Perasaan putus asa itu memang ada dalam setiap diri manusia, tetapi kita mesti sentiasa berpegang pada satu kata-kata :

"Allah tidak beri kita sekarang kerana Dia sedang menyusun yang terbaik untuk kita, mungkin kita rasa putus asa sebab Allah sebenarnya sedang menguji untuk dimuhasabahkan semula apa yang sedang jadi lebih lama supaya banyak yang kita nampak, cakap senang tapi sebenarnya susah hendak dibuat "

Aku blur juga pada mulanya dengan kata-kata ini. Tetapi apabila yang diteliti baru aku faham bahawa "musibah yang melanda kita pada hari ini adalah satu perancangan Allah untuk kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik sebenarnya"


  • Kita sememangnya belajar agama. Akan tetapi semua orang pernah terdetik perasaan bahawa  kita belajar tetapi kita tidak mengamalkannya. Pegang pada kata-kata ini :

"Sememangnya telah dijanjikan bahawa orang yang belajar agama lebih-lebih lagi akan teruji dengan apa yang kita pelajari. Kita yang memilih untuk mengikut ataupun tidak. Syaitan itu sentiasa dengan orang yang mempelajari agama especially kerana kita yang sudah mempelajari agama kita mudah tergoda untuk kita amalkan apa yang dipelajari ataupun sekadar belajar sahaja. Kalau orang yang tidak mempelajari agama, nauzubillah, lebih mudah untuk dihasut syaitan. Orang yang belajar agama boleh menjatuhkan agenda syaitan kalau orang itu kuat serta mengamalkan apa yang dipelajari, jadi target untuk jatuhkan syaitan dahulu. Semoga terpelihara "

Satu lagi perkara yang buat aku blur juga sebenarnya. But apa yang aku faham dengan kata-kata ini "orang yang mempelajari agama itu sebenarnya ada dua jalan, sama ada ingin terus mengamalkan apa yang dipelajarinya ataupun tidak. Sekiranya dia mengamalkannya, maka alhamdulillah hidup sempurna. Akan tetapi ada ujiannya, bahawa orang yang mempelajari agama ini sentiasa menjadi target syaitan. Kenapa orang yang dah hanyut tidak menjadi target syaitan ini ? Kerana orang yang sudah hanyut dalam kehidupannya daripada mengingati Allah tidak bisa menggoncang agenda-agenda yang telah dilakukan syaitan. Maka seharusnya orang yang mempelajari agama ini mesti lebih berhati-hati dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk melumpuhkan semua agenda syaitan dalam menyesatkan kita dan merosakkan akidah kita.

Isnin, 30 April 2012

Dalam Kenangan Teratak Anna Abadi

ANA? adalah nama panggilan saya. Tapi nama pena saya pelbagai. Antara yang sering saya gunakan ialah Intan Ariani, Ariana, Airina dan Han Ariani. Saya memang suka nama-nama tu. Saya suka menulis sajak mengikut perasaan saya ketika itu. Selalunya sajak-sajak yang saya nukilkan berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan khas pada seseorang seperti teman-teman.Sebahagian karya saya disumbangkan kepada majalah-majalah dan akhbar tempatan. Perak adalah negeri kelahiran saya..Saya dilahirkan dalam bulan April 1977 dan berbintang Taurus.Suka bersiar-siar dan membaca.Emm..tak tahu lagi apa nak tulis..Itu saja dari ANA..Ceria selalu ! Selamat Membaca.....

Well, banyak orang request nak tengok gambar saya. Actually, dah ada kat ruangan About Me tapi they all cakap gambar tak keluar. Maybe ada technical problem,kot...So, I fix it lately..but tak tau laa kalau masih 'blank'...Agaknya sebab saya ni pemalu, gambar pun segan nak keluar..hheheeeee. Anyway..utk memenuhi permintaan, saya letak gambar-gambar ni pula. Kalau tak keluar juga..janganlah marah saya...Sebenarnya, saya malu sangat2 nak tunjuk muka coz' I'm not a public figure. Saya orang biasa je...Segan laaa....Okaylah...see ya!!!


NOTA : Kata-kata Anna Abadi pada tahun 2002, Anna Abadi nama mu akan tetap abadi di alam cyber, moga rohmu tenang di sisi Allah.Amin.

" Pesanan anna… tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.

Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya.."


NOTA : Antara pesanan terakhir yang ditinggalkan arwah anna kepada kawan-kawannya.Wallahualam.



( Sumber nota di atas : Peminat Setia Teratak Anna Abadi )

Aku antara orang yang pernah melayari teratak ini...Dari sini juga aku mengenali seorang insan yang ingin digelar Puteri...Tapi bukan itu yang aku mahu tekankan...Di teratak ini aku banyak menghabiskan masa terluang aku dengan berchatting, berdiskusi ilmiah dan berkongsi idea-idea yang mungkin dapat membuka minda kita...Aku mula explore teratak nie sebelum aku kenal apa itu FRIENDSTER dan MY SPACE...Lama jugak kan story nie...Yup... Memang lama...Coz di teratak nie la segalanya bermula...Aku dari buta ICT kini celik ICT...Aku dari suka membuat sesuatu yang mengarut menjadi sesuatu yang berfaedah...Paling asyik di teratak ini...Setiap madah bicara puitis dan cerita cinta yang pernah aku baca...Kau orang SASTERA kah? Oh tidak...Tapi disini aku mula meminati sastera...


( Antara nukilan terakhir Anna Abadi )



KETIKA HATI MENANGIS..

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
Anna Abadi®


*****

CINTA TERHALANG



Di suatu hari yang indah
kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah?
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

Nukilan hati:
Anna Abadi®

Ahad, 29 April 2012

Waiting Outside The Line By Greyson Chance



You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

Instead of just sit around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There's a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sit around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

Dont wanna have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What's in you is out there

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I'm trying to be patient (I'm trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I'm Waiting, waiting, just waiting I'm waiting
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top ?

That Should Be Me From Justin Bieber




Everybody's laughing in my mind
Rumors spreading 'bout this other guy
Do you do what you did, what you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
'Cause baby, I didn't

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that that should be me
That should be me

You said you needed a little time for my mistakes
It's funny how you use that time to have me replaced
Did you think that I wouldn't see you out at the movies?
Whatcha doing to me?

You're taken' him where we used to go
Now if you're trying to break my heart
It's working 'cause you know

That, that should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that should be me

I need to know should I fight for our love or disown?
It's getting harder to shield this pain in my heart, ooh

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me

That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can't go on
'Til you believe that that should be me, ooh

Holding your hand, that should be me
The one making you laugh, oh baby
Oh, that should be me, yeah

That should be me, giving you flowers
That should be me, talking for hours
That should be me, that should be me
That should be me

Never should've let you go
I never should've let you go
That should be me
Never should've let you go
That should be me

Never should've let you go
Never should've let you go
That should be me

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga






Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi." 

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." 
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab.

Sabtu, 28 April 2012

Mengapa Lelaki Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah ?



Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda? Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan? Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah. Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~)
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. :)

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki ?




Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Halawatul Iman ( Kemanisan Iman )



Iman Tidak Boleh Diwarisi Tetapi Perlu Dicari

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan Iman? Kerana dengan kemanisan Iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa redha dan tawakal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya.
Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah.Dengan kemanisan Iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan Iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Ibu Segala Ilmu



bismillah
Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“, beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.
Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”
Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.
Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyai 5 huruf sahaja.
Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”


Kesabaran Itu Adalah Separuh Daripada Iman Seseorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...