Rabu, 2 Mei 2012

Mengapa Aku Terasa Putus Asa Dengan Hidup ?

:: Aku Sudah Bosan Dengan Hidup Yang Penuh Dosa Nie :: Kenapa Belum Ada Tanda Bahawa Masa Depan Aku Masih Cerah :: Adakah Ini Pembalasan Terhadap Diriku :: Sekiranya Ianya Benar :: Alhamdulillah :: Biar Aku Terimanya Di Dunia Dengan Segera :: Agar Aku Bahagia Di Akhirat :: Alangkah Indahnya Sekiranya Dunia Akhirat Ku Bahagia :: Siapa Boleh Jawab :: Aku Hamba Yang Berdosa :: Adakah Allah Masih Menerimaku Di Syurga :: Adakah Rasulullah Masih Menganggapku Umatnya ::

Ayat di atas nie antara wallpost aku di facebook. Entah mengapa aku merasa sedemikian rupa. Sejujurnya hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat. Ya Allah lindungilah aku. Sesungguhnya aku tak mampu untuk harungi semua ini tanpa sokongan dan semangat dari-Mu. I need support from anyone that can make me change back to a normal life.Syukur alhamdulillah ada yang sudi. My senior advice me on her comment in my wallpost. Tenang dan seribu kemaafan sebab dalam keadaan stress I make her feel so tired with my behave. Satu dibalas, sepuluh aku tanya, sepuluh dibalas, seratus aku tanya. Really sorry about that Kak Nurhidayati Hamzah.

Antara kata-kata beliau :

  • Perasaan putus asa itu memang ada dalam setiap diri manusia, tetapi kita mesti sentiasa berpegang pada satu kata-kata :

"Allah tidak beri kita sekarang kerana Dia sedang menyusun yang terbaik untuk kita, mungkin kita rasa putus asa sebab Allah sebenarnya sedang menguji untuk dimuhasabahkan semula apa yang sedang jadi lebih lama supaya banyak yang kita nampak, cakap senang tapi sebenarnya susah hendak dibuat "

Aku blur juga pada mulanya dengan kata-kata ini. Tetapi apabila yang diteliti baru aku faham bahawa "musibah yang melanda kita pada hari ini adalah satu perancangan Allah untuk kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik sebenarnya"


  • Kita sememangnya belajar agama. Akan tetapi semua orang pernah terdetik perasaan bahawa  kita belajar tetapi kita tidak mengamalkannya. Pegang pada kata-kata ini :

"Sememangnya telah dijanjikan bahawa orang yang belajar agama lebih-lebih lagi akan teruji dengan apa yang kita pelajari. Kita yang memilih untuk mengikut ataupun tidak. Syaitan itu sentiasa dengan orang yang mempelajari agama especially kerana kita yang sudah mempelajari agama kita mudah tergoda untuk kita amalkan apa yang dipelajari ataupun sekadar belajar sahaja. Kalau orang yang tidak mempelajari agama, nauzubillah, lebih mudah untuk dihasut syaitan. Orang yang belajar agama boleh menjatuhkan agenda syaitan kalau orang itu kuat serta mengamalkan apa yang dipelajari, jadi target untuk jatuhkan syaitan dahulu. Semoga terpelihara "

Satu lagi perkara yang buat aku blur juga sebenarnya. But apa yang aku faham dengan kata-kata ini "orang yang mempelajari agama itu sebenarnya ada dua jalan, sama ada ingin terus mengamalkan apa yang dipelajarinya ataupun tidak. Sekiranya dia mengamalkannya, maka alhamdulillah hidup sempurna. Akan tetapi ada ujiannya, bahawa orang yang mempelajari agama ini sentiasa menjadi target syaitan. Kenapa orang yang dah hanyut tidak menjadi target syaitan ini ? Kerana orang yang sudah hanyut dalam kehidupannya daripada mengingati Allah tidak bisa menggoncang agenda-agenda yang telah dilakukan syaitan. Maka seharusnya orang yang mempelajari agama ini mesti lebih berhati-hati dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk melumpuhkan semua agenda syaitan dalam menyesatkan kita dan merosakkan akidah kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...