Sabtu, 19 Mei 2012

Kunci Kepada Kesihatan Sepanjang Hayat





Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi  melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. 

Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi. 

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

"...Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang..."

Rabu, 2 Mei 2012

Penawar Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata:

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Why Read The Quran When We Do Not Understand Arabic ?




An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. 


One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.


The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. 


The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” 


The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

Mengapa Aku Terasa Putus Asa Dengan Hidup ?

:: Aku Sudah Bosan Dengan Hidup Yang Penuh Dosa Nie :: Kenapa Belum Ada Tanda Bahawa Masa Depan Aku Masih Cerah :: Adakah Ini Pembalasan Terhadap Diriku :: Sekiranya Ianya Benar :: Alhamdulillah :: Biar Aku Terimanya Di Dunia Dengan Segera :: Agar Aku Bahagia Di Akhirat :: Alangkah Indahnya Sekiranya Dunia Akhirat Ku Bahagia :: Siapa Boleh Jawab :: Aku Hamba Yang Berdosa :: Adakah Allah Masih Menerimaku Di Syurga :: Adakah Rasulullah Masih Menganggapku Umatnya ::

Ayat di atas nie antara wallpost aku di facebook. Entah mengapa aku merasa sedemikian rupa. Sejujurnya hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat. Ya Allah lindungilah aku. Sesungguhnya aku tak mampu untuk harungi semua ini tanpa sokongan dan semangat dari-Mu. I need support from anyone that can make me change back to a normal life.Syukur alhamdulillah ada yang sudi. My senior advice me on her comment in my wallpost. Tenang dan seribu kemaafan sebab dalam keadaan stress I make her feel so tired with my behave. Satu dibalas, sepuluh aku tanya, sepuluh dibalas, seratus aku tanya. Really sorry about that Kak Nurhidayati Hamzah.

Antara kata-kata beliau :

  • Perasaan putus asa itu memang ada dalam setiap diri manusia, tetapi kita mesti sentiasa berpegang pada satu kata-kata :

"Allah tidak beri kita sekarang kerana Dia sedang menyusun yang terbaik untuk kita, mungkin kita rasa putus asa sebab Allah sebenarnya sedang menguji untuk dimuhasabahkan semula apa yang sedang jadi lebih lama supaya banyak yang kita nampak, cakap senang tapi sebenarnya susah hendak dibuat "

Aku blur juga pada mulanya dengan kata-kata ini. Tetapi apabila yang diteliti baru aku faham bahawa "musibah yang melanda kita pada hari ini adalah satu perancangan Allah untuk kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik sebenarnya"


  • Kita sememangnya belajar agama. Akan tetapi semua orang pernah terdetik perasaan bahawa  kita belajar tetapi kita tidak mengamalkannya. Pegang pada kata-kata ini :

"Sememangnya telah dijanjikan bahawa orang yang belajar agama lebih-lebih lagi akan teruji dengan apa yang kita pelajari. Kita yang memilih untuk mengikut ataupun tidak. Syaitan itu sentiasa dengan orang yang mempelajari agama especially kerana kita yang sudah mempelajari agama kita mudah tergoda untuk kita amalkan apa yang dipelajari ataupun sekadar belajar sahaja. Kalau orang yang tidak mempelajari agama, nauzubillah, lebih mudah untuk dihasut syaitan. Orang yang belajar agama boleh menjatuhkan agenda syaitan kalau orang itu kuat serta mengamalkan apa yang dipelajari, jadi target untuk jatuhkan syaitan dahulu. Semoga terpelihara "

Satu lagi perkara yang buat aku blur juga sebenarnya. But apa yang aku faham dengan kata-kata ini "orang yang mempelajari agama itu sebenarnya ada dua jalan, sama ada ingin terus mengamalkan apa yang dipelajarinya ataupun tidak. Sekiranya dia mengamalkannya, maka alhamdulillah hidup sempurna. Akan tetapi ada ujiannya, bahawa orang yang mempelajari agama ini sentiasa menjadi target syaitan. Kenapa orang yang dah hanyut tidak menjadi target syaitan ini ? Kerana orang yang sudah hanyut dalam kehidupannya daripada mengingati Allah tidak bisa menggoncang agenda-agenda yang telah dilakukan syaitan. Maka seharusnya orang yang mempelajari agama ini mesti lebih berhati-hati dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah untuk melumpuhkan semua agenda syaitan dalam menyesatkan kita dan merosakkan akidah kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...